Terma dan Syarat Beli dan Menang

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  2. Peraduan ini diadakan pada setiap bulan bermula 1 Mac 2022 hingga tarikh tamat akan diumumkan kelak.
  3. Kiraan bulanan bermula pada awal bulan dan kiraan pemenang tutup pada hujung bulan
    • Peraduan bulanan bermula 1 Mac 2022- 31 Mac 2022 ( Tarikh akhir 31 Mac akan bermula kiraan untuk pemenang pada bulan tersebut)
    • Peraduan bulanan baru bermula 1 April 2022 - 30 April 2022 ( Tarikh 1 April 2022 dikira sebagai peraduan baru)
    • Seterusnya berlangsung kitaran peraduan bulanan beli dan menang 
  4. Peraduan ini terbuka pada semua saluran pembelian iaitu di laman web utama www.ahbtrading.com.my , Shopee store : AHB Trading dan juga agent-agent jualan sah dari ANA Authentic Recipe.
  5. Beli minima satu (1) set Combo C dalam satu resit pembelian akan dikira sebagai satu penyertaan. Sekiranya beli dua (2) set Combo C dalam satu resit pembelian akan dikira sebagai dua penyertaan. 
  6. Imbas kod QR pada kotak set Combo C dan ikuti “Langkah Untuk Menang” untuk kemasukan peraduan.
  7. Peserta yang mengikuti proses “Langkah Untuk Menang” akan dikira sebagai peserta peraduan. 
  8. Hadiah Utama
    • Hadiah utama adalah seperti di dalam poster yang diumumkan pada setiap bulan.
    • Hadiah utama mungkin berubah pada setiap bulan ( Rujuk pada poster semasa)
  9. Hadiah saguhati
    • Semua peserta yang melakukan “Langkah Untuk Menang” layak menerima hadiah saguhati.
    • Hadiah saguhati mungkin akan berubah pada setiap bulan ( Rujuk poster semasa)
  10. Kelayakan penyertaan dan kemasukan peraduan
    • Pembelian minima satu (1) pek Combo C Pes ANA dalam satu resit melayakkan anda sebagai satu penyertaan.
    • Jika beli dua (2) pek Combo C dalam satu resit akan dikira sebagai dua penyertaan
    • Resit pembelian hanya sah untuk digunakan sekali sahaja untuk peraduan.
    • Untuk peraduan pada bulan seterusnya tidak boleh guna resit yang sama.
    • Imbas kod QR untuk mengetahui “Langkah Untuk Menang”
    • Peserta yang mengikuti proses “Langkah Untuk Menang” sahaja akan dikira sebagai kemasukan dalam peraduan.
    • Setiap peserta yang mengikuti “Langkah Untuk Menang” akan layak mendapat Hadiah Saguhati secara automatik.
    • Maklumat tidak lengkap, tidak tepat dan tidak benar akan menyebabkan anda hilang kelayakan dalam peraduan. 
  11. Pemenang bulanan akan diumumkan di semua saluran sosial media iaitu di Facebook (https://www.facebook.com/anaauthenticrecipe) dan di Instagram (https://www.instagram.com/anaauthenticrecipe/) dalam 14 hari dari tarikh akhir peraduan bulanan. 
  12. Penganjur berhak untuk melanjutkan masa peraduan atas sebab-sebab tertentu.
  13. Penganjur berhak untuk mengubah hadiah utama dengan hadiah yang setara nilainya sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak ada stok.
  14. Hadiah tidah boleh ditukarmilik, dibayar balik atau ditukar dengan wang tunai. 
  15. Penganjur tidak akan bertanggungjawab pada kualiti, kecacatan dan kerosakan hadiah selepas ianya telah diterima oleh pemenang.
  16. Pemilihan pemenang berdasarkan “Langkah Untuk Menang” yang telah ditetapkan selepas anda mengimbas kod QR.
  17. Prosedur “Langkah Untuk Menang” mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Sila imbas kod QR untuk suatu peraduan.
  18. Penganjur berhak menghalang atau menolak penyertaan mana-mana peserta yang disyaki cuba untuk menipu, memanipulasi atau mengsabotaj proses kemasukan peraduan. 
  19. Setiap peserta bertanggungjawab atas setiap kandungan gambar, video dan konten yang akan dikemukakan pada pihak penganjur dan melepaskan penganjur dari sebarang tuntutan atau kerugian yang akan dialami oleh mana-mana pihak. 
  20. Dengan menyertai semua proses peraduan ini, peserta sudah membaca dan bersetuju dengan semua Terma dan Syarat peraduan ini.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi di emel :[email protected] atau di talian : 6019-789 0801