Titik Permulaan Produk Pes Masakan ANA (Klik Sini Untuk Baca)

Titik Permulaan Produk Pes Masakan ANA (Klik Sini Untuk Baca)

Assalammualaikum warahmatullah,

Bismillahirrahmannirrahim. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas limpahan rahmat dan kasih sayangNya. Perancangan untuk menghasilkan produk makanan menjadi kenyataan selepas beberapa cabaran dan halangan yang perlu diharungi. 

Perancangan untuk menghasilkan produk pes masakan ini terinspirasi semasa Lockdown PKP 1.0. Saya sebagai business owner sangat terkesan dengan pandemik ini kerana bisnes saya sebelum ini adalah bisnes yang bukan kategori perlu (essential service). Sepanjang PKP tersebut saya hanya duduk di rumah dan membuat bayaran refund kepada customer tanpa soal. Saya fikirkan bahawa wabak ini akan berakhir dalam masa paling lama 3 bulan dan selepas itu saya boleh beroperasi semula. Tetapi selepas 2 minggu tempoh lockdown dan selepas memahami tentang tahap keseriusan pandemik ini, saya sedar yang saya perlu buat sesuatu untuk menjana pendapatan. 

Duit simpanan juga tidak banyak kerana saya baru dua tahun tempoh berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sebelum pandemik, bisnes saya masih diperingkat awal dan banyak duit dijadikan modal pusingan untuk syarikat. Pandemik Covid19 yang datang tiba-tiba pada awal tahun 2020 memang memberi impak sangat berat. 

Semasa dalam tempoh lockdown dua minggu pertama berakhir, saya ambil keputusan untuk mencari sesuatu yang boleh menjana income secara cepat dan mudah. Saya terjumpa iklan fb ads tentang pengambilan dropship untuk barangan Sukan & Outdoor.  Bagi saya ini peluang baik kerana saya tak perlu keluar modal dan saya boleh terus membuat jualan. Pada masa itu saya menjual set senaman sanctband yang boleh digunakan di rumah untuk membuat aktiviti senaman. Keperluan pada masa itu ramai yang nak bersenam di rumah kerana tidak boleh melakukan aktiviti senaman di luar ataupun pergi ke pusat gym. Disitu secara tak langsung saya dapat belajar selok belok perniagaan retail dan sistem dropship yang berkesan. 

INILAH PRODUK YANG DIJUAL SECARA DROPSHIP

Alhamdulillah, first time menjadi dropshipper dapatlah saya menjana pendapatan untuk survive masa PKP 1.0. Tetapi dalam masa yang sama otak saya terus ligat memikirkan sesuatu untuk saya terus dapat survive. Bisnes saya sebelum ini adalah dalam sektor pelancongan dan maritime. Saya membuat bisnes perkhidmatan membawa orang membuat aktiviti adventure di dalam Malaysia. 

Saya sedar pada zaman pandemik ini jika tiada tindakan drastik kita akan terjejas teruk. Selain itu, pandemik ini juga memberi kesedaran pada saya betapa pentingnya untuk mempelbagaikan jenis niche bisnes saya dan mmeperbanyakkan sumber pendapatan saya. Kalau tengok pada gambar rajah di bawah tentang potential winners & losers untuk bisnes semasa pandemik Covid19 ini. 

Jika dilihat pada rajah di atas, bisnes saya pada kategori Potential Losers iaitu Tourism & Leisure dan satu lagi Aviation & Maritime. Disebabkan itu, saya membuat keputusan untuk menjalankan bisnes pemprosesan makanan dan retail kerana bidang ini juga adalah kepakaran keluarga saya. Ibu dan ayah saya sudah mengusahakan restoran makanan selama hampir 15 tahun. Disini saya mendapat kekuatan untuk menjalankan bisnes dalam makanan dan minuman. Hal ini juga kerana ia berada di bahagian Potential Winners.

Tamat saja PKP 1.0 dan selepas raya puasa 2020, saya berjumpa ayah dan ibu untuk membentangkan perancangan bisnes baru ini. Saya menjelaskan potensi ini secara lengkap dan kekuatan yang ada. Saya hanya memerlukan sokongan dan bantuan keluarga saya dari segi resepi makanan ini. Saya ingin membuat pes masakan kerana ibu saya memang pandai membuat pes masakan ini. Pes masakan beliau telah mendapat pujian dan juga kritikan ikhlas dari customer-customer di restoran. Setelah hampir 15 tahun dalam industri ini, saya hampir tidak mendengar komplen dari customer bahkan saya dapat melihat pinggan yang licin dan pujian customer semasa membayar bil makanan.

Selepas keluarga  saya setuju, saya terus mengatur langkah dengan membuat temu janji dengan agensi kerajaan yang saya tahu mempunyai kepakaran dalam bidang pemprosesan makanan iaitu agensi MARDI. Saya terus berjumpa dan bertanyakan bagaimana saya boleh memproses pes masakan ini secara selamat, cara pembungkusan yang betul dan dan pelabelan yang tepat. 

SAYA, ADIK DAN IBU MEMBAWA PRODUK KAMI KE PUSAT PENYELIDIKAN MARDI

SEMASA BERTEMU PEGAWAI PENYELIDIK MARDI 

Selepas pertemuan pertama ini saya terus yakin dan bersemangat untuk meneruskan bisnes baru ini kerana mendapat banyak maklumat dari pihak MARDI. Seterusnya saya telah mendaftarkan diri untuk menyertai Program Agroprenuer Muda dibawah agensi MARDI. Saya sangat berterima kasih dengan pegawai-pegawai MARDI yang sangat komited ingin membantu usahawan bumiputera untuk terus maju. 

Selepas itu, kamI terus membuat perancangan rapi tanpa menoleh ke belakang dan kami sangat komited ingin menghasilkan produk pes masakan yang berkualiti dan selamat untuk semua pengguna. Pes masakan ini juga dapat membantu ramai pengguna di luar yang menghadapi kekangan masa kerana sibuk urusan kerja, penat selepas pulang kerja tetapi ingin menyediakan hidangan makanan yang berkualiti dan sedap kepada keluarga. 

Pes masakan ANA akan menjadikan urusan memasak anda menjadi Mudah, Cepat dan Sedap, seterusnya menjadi Pes Masakan Pilihan Ramai suatu hari nanti. InsyaALLAH. 

Sampai di sini saja perkongsian saya. Sehingga berjumpa lagi.